Impian Warisan

rawatan,pusat rawatan islam,rawatan islam,rawatan air,rawatan resdung,rawatan tradisional,rawatan sihir,penyakit,simptom simptom penyakit,ciri ciri penyakit,kawalan penyakit bawaan vektor,

Jika Merancang Untuk Hamil

Ada antara pasangan yang baru mendirikan rumahtangga membuat perancangan untuk hamil .Oleh itu jika anda ingin menjalani kehamilan yang sihat dan tenang mudah sahaja iaitu lakukan persiapan yang secukupnya bersama pasangan anda dan idealnya enam bulan sebelum pembenihan.Berikut adalah persiapan yang boleh anda lakukan sebelum anda merancang untuk hamil :

1.Sebelum mengandung anda mestilah pastikan diri anda dan pasangan bebas penyakit terutam bagi diri anda.Antara penyakit yang harus dielakkan ialah campak,herpes,cacar,tetamus, dan sebagainya.

2.Anda dan pasangan di galakan makan makanan yang seimbang iaitu makanan yang mengandungi lemak,protein,kaborhidrat,vitamin, dan mineral secara seimbang

 

Read the rest of this entry »

Awasi Tiroid Sebelum Ia menjadi Kanser

Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh.Kebiasaannya  kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.

Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama dikalangan wanita berbanding lelaki.Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah wanita.

1-Hyperthyroidism

-Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah.Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki,ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga.Tanda- tanda yang anda mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :
    
  *Denyutan jantung yang laju
  *Sentiasa gelisah
  *Timbulnya perasaan marah
  *Penurunan berat badan
  *Rambut gugur
  *Sukar untuk tidur (insomnia)
  *kurang daya tahan terhadap kepanasan
  *Pusingan haid tidak teratur
  *Mata menjadi besar
  *Turun berat badan mendadak walau selera naik
  *Cirit Birit
  *Lemah tubuh badan
  *Osteoporosis

 

Read the rest of this entry »

Gastritis Bukan Alasan Tidak Berpuasa

Setiap kali datangnya Ramadhan,gastrik dijadikan alasan untuk tidak berpuasa.Tetapi adakah benar jika seseorang itru mengalami gastrik maka mereka tidak boleh berpuasa?Menurut doktor perunding, orang yang menghidap gastritis sebenarnya boleh berpuasa dan ia sebenarnya tidak memberi kesan buruk cuma mereka ini perlulah berhati hati dengan apa yang mereka makan.Jika simptom yang dialami mereka itu teruk dan memudaratkan maka mereka perlu merujuk kepada doktor tetapi sebenarnya hanya sebilangan sahaja yang tidak boleh berpuasa.

Pengambilan makanan adalah penting semasa bersahur dan waktu berbuka.Sebenarnya kebanyakkan dari kita selalu tidak selera untuk makan pada waktu pagi jadi untuk membangkitkan selera maka kita sering memilih makanan pedas untuk bersahur dan sebenarnya  itulah yang kita harus elakkan.Setelah 14 jam berpuasa pulak dan tiba berbuka puasa kita juga harus mengelakkan dari memakan makanan yang bergoreng berminyak dan pedas kerana makanan seperti ini boleh menggangu sistem perut kita.Selain itu kita sepatutnya bersahur dengan makanan yang baru dimasak dan bukannya makanan yang di simpan semalaman.Kerana makanan yang telah dimasak dengan sempurna boleh mengelakkan ketidakselesaan kepada perut dan semasa berbuka puasa pula mulakan dengan makanan yang tidak beraty dan apabila selesai solat barulah makan makanan yang berat.Jika pesakit mengikuti rejim ini maka tidaklah berlaku masalah untuk menruskan ibadah puasa lagi.

 

Read the rest of this entry »

Hindarkan keletihan ketika bekerja

Ada ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah.Bagi mereka yang bekerja di ladang atau sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika mengunakan tulang empat kerat.Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat,berfikir,dan mengahadap komputer.

Masalah ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan sikap malas,lesu dan bosan akan menguasai diri hingga boleh menjejaskan produktiviti kerja.Untuk menghilangkan rasa letih,beberapa petua boleh dicuba iaitu antaranya :

1-Bersifat Positif
  Ketika bekerja,kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan sentiasa menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan.Kita harus minat dalam pekerjaan yang kita buat.

 

Read the rest of this entry »

Mengawal Kemarahan Sebelum Memakan Diri

Marah adalah emosi manusia yang memang normal dan sihat tapi apabila ia  tidak dapat dikawal,emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda.Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian dan menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang.Rasa marah ini boleh disebabkan perihal dalaman dan luaran.Biasanya ia melibatkan perubahan fisilogikal dan biologikal seseorang ketika marah,tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga,adrenalin dan noradrealine jadi jika anda ingin hidup gembira dan sihat kawal kemarahan anda sebaiknya.

 

Read the rest of this entry »

Adakah anda bersedia menghadapi menopaus?

Sama ada anda suka atau tidak setiap wanita pasti akan mengalami menopaus.Oleh itu berapa kali pun perkara ini dibincangkan,ia pasti akan berguna untuk setiap wanita.Menopaus merupakan berakhirnya kedatangan haid (putus haid) pada setiap wanita.Ia dikatakan berlaku apabila seseorang wanita tidak mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut.Di Malaysia purata umur menopaus ialah antara 45 tahun hingga 50 tahun.Di Malaysia hanya 30 peratus wanita menopaus mempunyai simptom dan paling ketara ialah serangan panas (hot flushes.)

Kaitan hormon dan menopaus

Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam mempertahankan  fungsi jantung,kepadatan jisim tulang,tisu otak,faraj,serviks ,rahim dan kulit.Apabila fungsi rahim berkurangan hormon estrogen juga akan berkurangan secara perlahan.Ini menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur,kesuburun berkurangan dan seluruh badan akan berubah.

 

Read the rest of this entry »

Cara untuk Mengatasi Insomnia

Tidur adalah amat penting kepada manusia iaitu sebagai satu cara untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian.Setiap orang dewasa memerlukan tidur yang cukup iaitu antara tujuh atau lapan jam sehari ini bergantung kepada keperluan individu itu sendiri.Apa yang penting adalah keadaan kita semasa bangun dari tidur samaada kita aktif atau tidak bergantung pada jangka waktu tidur kita.

Bila tidur anda mula terganggu ini menunjukkan yang anda mempunyai masalah dengan waktu tidur anda.Apabila keadaan ini berlaku anda boleh dikategorikan menghidap insomnia.Insomnia ini adalah keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sempurna.Ia juga banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki .Ia kerap berlaku seiring peningkatan usia.

 

Read the rest of this entry »