Impian Warisan

rawatan,pusat rawatan islam,rawatan islam,rawatan air,rawatan resdung,rawatan tradisional,rawatan sihir,penyakit,simptom simptom penyakit,ciri ciri penyakit,kawalan penyakit bawaan vektor,

Archive for August, 2009

Mengawal Kemarahan Sebelum Memakan Diri

Marah adalah emosi manusia yang memang normal dan sihat tapi apabila ia  tidak dapat dikawal,emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda.Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian dan menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang.Rasa marah ini boleh disebabkan perihal dalaman dan luaran.Biasanya ia melibatkan perubahan fisilogikal dan biologikal seseorang ketika marah,tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga,adrenalin dan noradrealine jadi jika anda ingin hidup gembira dan sihat kawal kemarahan anda sebaiknya.

 

Read the rest of this entry »

Adakah anda bersedia menghadapi menopaus?

Sama ada anda suka atau tidak setiap wanita pasti akan mengalami menopaus.Oleh itu berapa kali pun perkara ini dibincangkan,ia pasti akan berguna untuk setiap wanita.Menopaus merupakan berakhirnya kedatangan haid (putus haid) pada setiap wanita.Ia dikatakan berlaku apabila seseorang wanita tidak mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut.Di Malaysia purata umur menopaus ialah antara 45 tahun hingga 50 tahun.Di Malaysia hanya 30 peratus wanita menopaus mempunyai simptom dan paling ketara ialah serangan panas (hot flushes.)

Kaitan hormon dan menopaus

Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam mempertahankan  fungsi jantung,kepadatan jisim tulang,tisu otak,faraj,serviks ,rahim dan kulit.Apabila fungsi rahim berkurangan hormon estrogen juga akan berkurangan secara perlahan.Ini menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur,kesuburun berkurangan dan seluruh badan akan berubah.

 

Read the rest of this entry »

Cara untuk Mengatasi Insomnia

Tidur adalah amat penting kepada manusia iaitu sebagai satu cara untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian.Setiap orang dewasa memerlukan tidur yang cukup iaitu antara tujuh atau lapan jam sehari ini bergantung kepada keperluan individu itu sendiri.Apa yang penting adalah keadaan kita semasa bangun dari tidur samaada kita aktif atau tidak bergantung pada jangka waktu tidur kita.

Bila tidur anda mula terganggu ini menunjukkan yang anda mempunyai masalah dengan waktu tidur anda.Apabila keadaan ini berlaku anda boleh dikategorikan menghidap insomnia.Insomnia ini adalah keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sempurna.Ia juga banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki .Ia kerap berlaku seiring peningkatan usia.

 

Read the rest of this entry »